Sunday 31 July 2011

Onion Ring....

Rangup Sungguh!!!!
Duduk diam2 depan TV menonton FoodNetwork Asia...  tajuk rancangan tu Paula's Home Cooking... tertarik dan menarik perhatian ku resepi Onion Ring @ Cincin Bawang Goreng yang sangat mudah... bahan pulak memang sentiasa ada di dalam dapur... kanak2 pon boleh sediakan resepi ni... memang mudah semudah-mudahnya.... except goreng2 part laa... jangan pulak anak kecik yang di suruh...


Jom kita selongkar resepi di sini...

1 biji bawang Bombay
1/2 cawan air susu kacang soya (buat rendam)
3/4 cawan tepung beras digaul dgn secubit garam dan lada hitam
Minyak masak untuk menggoreng...

Potong bawang bulat2, celup dalam air kacang soya bagi basah kemudian salut dgn tepung beras... ulang proses sebanyak 2 kali untuk dapatkan lapisan tepung yang tebal... nak tebal lagi... 3 kali pon boleh... Goreng hingga kekuningan..

Hidangkan bersama sos cili atau mayonis... makan panas2... WALLA!!!!!

Saturday 30 July 2011

Puding Balqis...



Pasti sudah ramai yang tahu nak buat puding ni kan... rasanya memang sedap... macam makan buih2 yang manis... lagi sedap kalau di makan sejuk2...so tak heran laaaa semua pakar2 Puding di luar sana sangat kreatif menghasilkan rupa bentuk Puding yang sedap ni... bukan setakat sedap diRASA.. malah nama pon sedap diDENGAR....hmmm berapa banyak SEDAP daaaa....

Sumber : My Resepi (K.Nor)
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

Masak serbuk agar2, air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Bersihkan telur dan buang tali pusat kemudian pukul  hingga betul2 kembang dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur tadi dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga warna sekata.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk lapisan yang ke2 masukkan perlahan2 supaya adunan tak bercampur. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.


P/s... Jangan Ubah resepi... tahap manis dan kekerasan puding PERFECT!!!!

Aleesha Farhana

Stress sememangnya bole membawa maut... apa2 pun semuanya sudah ketentuan Ilahi...Al-Fatihah..

Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz
(gambar Ihsan NST)
Berita selanjutnya disini.....
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Mohd_Ashraf_Meninggal_Dunia_Akibat_Serangan_Jantung.html

Kek Lapis...

Mum Niema masih lagi dalam proses nak menambah entry... so kali ni nak masukkan pulak Kisah Kek Lapis ala2 Lapis Sarawak... tak berani nak jamin ni Kek Lapis Sarawak cuz buatnya di Tawau Bumi Peladang dan di ajar pon oleh adeq sepupu sendiri yang juga tak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak... hehehe... terima kasih la adeq ku Kurnia share ilmu kek lapis ni...

Kek Lapis yang Pertama dalam Hidupku!!!
Punyala menguji dugaan betul nak buat kek ni taw... 5 jam mengadap oven, menunggu selapis demi selapis baru la dapat 20 lapis kek yang berwarna warni tu.... apa2 pon hasilnya sudah pasti la amat memBANGGAkan diriku sendiri.... tak percaya tengok kat sebelah tu... tuk pertama kali buat sapa tak bangga ngan diri sendiri... :)

Teringin nak MenCuba... Sila la Teruskan Membaca...
Sediakan Loyang 8 X 8 di alas dgn kertas minyak

Bahan A
10 biji kuning telur 
5 biji telur
(pukul dalam mangkuk)

Bahan B
250 g Butter 
¾ cwn gula kastor
(dalam mangkuk yg lain pukul B sampai kembang kemudian masukkan A - teruskan memukul)

Bahan C
150 g cream cheese
300g Kaya (Yeos)
1sd makan Ovelette
½ tin kecil susu pekat
¾ cwn Horlicks
(masukkan C kedalam BA satu persatu – teruskan memukul)

Bahan D
3 X ¾ cawan tepung Hong Kong (putih)
(masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan ABC)

***Panaskan Oven 180'C api atas sahaja.

Adunan ABCD dibahagikan kepada beberapa bahagian – letakkan pewarna

Letakkan satu sudu nasi penuh adunan ke dalam Loyang – ratakan, bakar sehingga kekuningan. Proses diulang dengan warna yang berlainan berselang seli sehingga habis. Bakar guna api atas sahaja sepanjang melapis kek. Kecuali pada lapisan terakhir baru guna api atas bawah selama 10 minit nak bagi kek tu kembang sikit.

Friday 29 July 2011

Bahulu Rempah...

Setiap kali nak tiba raya... Mr. Hubby selalu tanya..."Ayang pandai tak buat kek bahulu yang macam Mak selalu buat tu"... dah beberapa tahun asyik geleng kepala jer... tak pernah langsung nampak Mak Mertua buat, coz sampai2 jer kat kampung kek tu dah tersedia.... mulut pulak masih takut nak bertanya... hehehe...
Dan akhirnya bila mak mertuaku datang melawat ke rumah kami barulah memberanikan diri mintak tunjuk ajar.... Alhamdulillah mertuaku memang GURU yang baik... Sekali tunjuk anak murid dah pandai...


InsyaAllah tahun ini Mr. Hubby ku dapatlah merasa juga kek kegemarannya ini walaupun tak balik beraya kat kampung dia... kepada suami ku tersayang... sekiranya ada kekurangan diam2kan saja lah yer... :) "Sesungguhnya tidak ada yang lebih baik dari AIRTANGAN IBU"... mungkin kek ini nanti tidak sesedap seperti yang Mak buat tapi Ayang akan pastikan ia akan menjadi ingatan tuk anak2 kita bila mereka dewasa nanti....


Kek Bahulu Rempah Ibu mertuaku...

Bahan A
5 biji telur (pecahkan dan letak dalam mangkuk)
Gula (guna mangkuk telur tadi dan sukat sama banyak ngan telur)

Bahan B spices..
5 biji cengkih
10 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis



4 cawan tepung gandum yang sudah dijemur/goreng dan di ayak


1. Goreng semua rempah B kecuali serbuk kayu manis then blend halus2... ketepikan
2. Pukul bahan A sampai betul2 kembang dan masukkan bahan B...gaul biar sebati
3. Asingkan adunan kepada 3 bahagian (letak ler aper2 pewarna)... tambahkan 2-3 sudu makan tepung gandum pada setiap bahagian (pandai2 la agak kepekatan adunan tu..lebih kurang macam buat kuih bahulu jugak)
4. Bakar setiap lapisan berasingan (150' 20 minit)... kemudian sapukan sedikit marjerin dan jem nenas pada bahagian atas dan lekatkan supaya jadi 3 lapisan..

Thursday 28 July 2011

Home Pretzel...

Sapa tak kenal dengan kewangian pretzel Aunty Anne tu.... ya ampunnn sebut je dah terhidu baunya belum lagi betul ada depan mata... hmmm teringin sangat nak makan tapi di Tawau ni mana laaa nak pi cari yaaa... So dengan segala usaha mengGooGGlekan diri mencari resepi ala2 Aunty Anne's Pretzel akhirnya keTEmU... nak kata 100% sama memang tak laa... yang penting dapat melepaskan rindu sudah cukup... Buatnya memang agak leceh terus terang nak cakap... tapi bila dah siap rasa berbaloi sungguh dapat melihat Pretzel yang dihasilkan dengan tangan sendiri...


Tengok tu... tak ker teserlah KESEDAPANnya.. hehehe... dah tak yah banyak2 cerita resepi mana??... hah tunjuk la resepi yang diskodeng dari GOOGGLe ni.... nasiblaaa kenala paham2kan sendiri bahasa Omputih tu yer...

1 1/2 cup warm water
1 1/8 teaspoon active dry yeast
2 tablespoons brown sugar
1 1/8 teaspoon salt
1 cup bread flour
3 cups regular flour

2 cups warm water
2 tablespoons baking soda

4 tablespoons butter (melted)

Sprinkle yeast on lukewarm water in mixing bowl; stir to dissolve. Add sugar, salt and stir to dissolve; add flour and knead dough until smooth and elastic. Let rise at least 1/2 hour. 

While dough is rising, prepare a baking soda water bath with 2 cups warm water and 2 Tbsp baking soda. Be certain to stir often. After dough has risen, pinch off bits of dough and roll into a long rope* (about 1/2 inch or less thick) and shape. Dip pretzel in soda solution and place on greased baking sheet. Allow pretzels to rise again. Bake in 450 degrees F oven for about 10 minutes or until golden. Brush with melted butter and enjoy! 

Toppings: for Auntie Anne's famous Cinnamon Sugar, try melting a stick of butter in a shallow bowl (big enough to fit the entire pretzel) and in another shallow bowl make a mixture of cinnamon and sugar. Dip the pretzel into the butter, coating both sides generously. Then dip again into the cinnamon mixture and sprinkle with almond.

"Happy PretZelling"

Wednesday 27 July 2011

Chris Medina - What Are Words

I love this song so much and could listen to it for several times without getting tired... what a touching story behind a beautiful song... My little princess Alia claimed this is her SUPER FAVORITE song... so do I... :)

part that I really love most...

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't..... 

Japanese Cheese Cake...


Ini la kek yang kurasakan "Paling Istimewa" dalam hidupku... sungguh Lezet sekali..

Bahan A
200ml Susu rendah lemak
5 keping Cheddar Cheese
100g butter
(semua bahan di masak sehingga cheese cair– ketepikan)

Bahan B
4 biji kuning telur 
Esen Vanilla
(Pukul telur sehingga menjadi putih cream, masukkan esen vanillla)


Bahan C
110 gm tepung gandum (di ayak 4X)

*** campurkan  B dengan sedikit tepung (C) dan sedikit A, gaul sebati... ulangi proses sehingga semua A, B dan C sebati

Bahan D
4 putih telur
90g gula kastor
1 sd teh krim Tartar
(pukul putih telur bila dah agak berbuih masukkan gula sedikit demi sedikit dan krim tartar- teruskan memukul sehingga jadi maringue)

Masukkan adunan ABC kedalam D sedikit demi sedikit dan gaul guna kaedah "Kaup Balik"...
Sediakan Loyang bulat yang digris dgn marjerin. Masukkan adunan yang telah siap diselangi dengan *Blueberry Pie Filling (optional) tapi memang sedap kalau ada.

Bakar “Double Boil” or ban marie style – 150 darjah api atas bawah…. After 15 minit rendahkan suhu oven ke 130 darjah api bawah sahaja, dalam 40 minit siap laa (Oven Kecik)... kalau oven besar tinggikan sikit suhu yaa...

Sedap di makan selepas 3 jam di bakar... lagi padat rasanya


Tuesday 26 July 2011

Ola!!!

Mulakan entry dengan serangkap Pantun lama yang sudah koman2 didengar... ceh.. (takde idea la tu)...
lantaklaaa.... nak test2 memang macam ni....

Buah Cempedak Di luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah, Tolong Tunjukkan,

hmmm.... memang stereotype tul pantun ko ni Niema... tapi takper... permulaan memang begitu..."SYOK SENDIRI"...

and for me... congratulation to my newly born blog and wonderful entry.... yeeehaawww... will b back soon bila dah pandai betiarap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...