Memandangkan ramai yang bertanya cara nak buat PIE SIMPLE selepas Mum post di FaceBook Mum yang tak seberapa glamour tu... Mum pon tergerak ler hatinya nak menulis dan abadikan resepinya di dalam blog comel Mum... mudah2an Mama comel d luar sana pon rajin nak buat tuk semua yang tersayang kat rumah korang yaa....
Sheperd Pie |
Resepi ni boleh dapat dalam 10-12biji pie comel2 saiz tart telur kat kedai roti..
4 biji kentang (d rebus kemudian toskan)
1 sudu teh butter
1/2 sudu teh garam
sedikit lada putih
3 sudu makan susu segar
**Kentang rebus d lecek bersama semua bahan... Ketepikan
Bahan Inti
200gm daging kisar
1 buku bawang bombay (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
4 sudu makan tomato sos with mushroom PREGO
2 sudu makan baked bean
sedikit garam, gula & black pepper
** Tumis bawang bombay dan bawang putih... masukkan daging cincang... agak2 daging dah masak.. masukkan sos prego dan baked bean.. tambahkan gula, garam & black pepper secukup rasa.. gaul kejap jak...
Cara buat..
1. Ambil sesudu makan kentang lecek dan ratakan sebagai base...
2. Masukkan inti dalam 1 sudu makan penuh..
3. tambahkan Mozarella cheese (kalau ada dan kalau suka)
4. Tutupkan bahagian atas dengan lebihan kentang (1 sudu makan gak tu)
5. Taburkan laa apa2 cheese (cheddar/mozarella) dan sedikit serbuk Oregano (optional)
Bakar pada suhu 180' 35 minit...