Lama Betul Mum tak buat Kek... ada buat beberapa kali tak jadi pulak so stop lagi...
Tup TUp.. Last week sahabat Mum si NDUT NITA bawak kek coklat cheese ke sekolah... SEDAP trus mintak resepi so adalah menu baru tuk AIDIL ADHA... 1st attempt jer trus menjadi... So Mum kasi Gred tuk kek ni ialah MUDAH!!!!... dan yang penting SEDAP!!!!
Kek Coklat Cheese Kukus SEDAP!!! |
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
Bahan B
3/4 cawan tepung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
** Ayak semuanya (2X ayak lagi bagus biar sekata dan ringan)
Bahan C
4 biji telur gred B - Di Kisar @ Blender!!!!
At last masukkan Bahan B dan C ke dlm adunan Bahan A berselang seli sikit2. Tapis adunan guna penapis santan supaya lebih halus dan tak berketul2. Gaul rata sekali lagi... Ketepikan dulu
250gm cream cheese
60gm gula halus/kastor
1 biji telur
1 biji telur
1 sudu makan tepung
1 sudu makan air
** Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Masukkan telur diikuti dgn air dan tepung. teruskan pukul dgn kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati..
Semua dah siap so sekarang KUKUS tyme...
Terlebih dahulu sediakan pengukus dan panaskan guna API SEDERHANA. Ikat penutup dgn kain.
Mum guna loyang 10" x 10". Griskan loyang dgn sedikit marjerin dan lapik dgn kertas minyak.
Masukkan 1/2 adunan coklat... kukus selama 15 minit.
Masukkan kesemua adunan cheese, sambung mengukus 15 minit.
Masukkan lebihan adunan coklat dan teruskan mengukus tuk 15 minit lagi...
Maka siaplah Kek Coklat Cheese kita... :)
Sungguh sedap di makan apabila telah di sejukkan dalam peti sejuk dan di biarkan sekejap dlm 30 minit gitu... WALLLAAA.... Sungguh Moist Bercoklat BerLEMAK!!!!...
Apa2 pun jagalah KESIHATAN
SALAM AIDIL ADHA 2012