Ini la kek yang kurasakan "Paling Istimewa" dalam hidupku... sungguh Lezet sekali..
Bahan A
200ml Susu rendah lemak
5 keping Cheddar Cheese
100g butter
(semua bahan di masak sehingga cheese cair– ketepikan)
Bahan B
4 biji kuning telur
Esen Vanilla
(Pukul telur sehingga menjadi putih cream, masukkan esen vanillla)
Bahan C
110 gm tepung gandum (di ayak 4X)
*** campurkan B dengan sedikit tepung (C) dan sedikit A, gaul sebati... ulangi proses sehingga semua A, B dan C sebati
Bahan D
4 putih telur
90g gula kastor
1 sd teh krim Tartar
(pukul putih telur bila dah agak berbuih masukkan gula sedikit demi sedikit dan krim tartar- teruskan memukul sehingga jadi maringue)
Masukkan adunan ABC kedalam D sedikit demi sedikit dan gaul guna kaedah "Kaup Balik"...
Sediakan Loyang bulat yang digris dgn marjerin. Masukkan adunan yang telah siap diselangi dengan *Blueberry Pie Filling (optional) tapi memang sedap kalau ada.
Bakar “Double Boil” or ban marie style – 150 darjah api atas bawah…. After 15 minit rendahkan suhu oven ke 130 darjah api bawah sahaja, dalam 40 minit siap laa (Oven Kecik)... kalau oven besar tinggikan sikit suhu yaa...
Sedap di makan selepas 3 jam di bakar... lagi padat rasanya