Kek Lapis yang Pertama dalam Hidupku!!! |
Teringin nak MenCuba... Sila la Teruskan Membaca...
Sediakan Loyang 8 X 8 di alas dgn kertas minyak
Bahan A
10 biji kuning telur
5 biji telur
(pukul dalam mangkuk)
Bahan B
250 g Butter
¾ cwn gula kastor
(dalam mangkuk yg lain pukul B sampai kembang kemudian masukkan A - teruskan memukul)
Bahan C
150 g cream cheese
300g Kaya (Yeos)
1sd makan Ovelette
½ tin kecil susu pekat
¾ cwn Horlicks
(masukkan C kedalam BA satu persatu – teruskan memukul)
Bahan D
3 X ¾ cawan tepung Hong Kong (putih)
(masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan ABC)
***Panaskan Oven 180'C api atas sahaja.
Adunan ABCD dibahagikan kepada beberapa bahagian – letakkan pewarna
Letakkan satu sudu nasi penuh adunan ke dalam Loyang – ratakan, bakar sehingga kekuningan. Proses diulang dengan warna yang berlainan berselang seli sehingga habis. Bakar guna api atas sahaja sepanjang melapis kek. Kecuali pada lapisan terakhir baru guna api atas bawah selama 10 minit nak bagi kek tu kembang sikit.
sy mau try ni.....tp kena tunggu 5 jam.....hebat ooo....cikgu~~
ReplyDeletetunggu jangan tak tunggu.... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak niema... mmg menguji kesabaran mo buat kek lapis ni.. tu yg malas mo buat tu..
ReplyDeletekak,nk tanye la..bakar api bwh ke ye?
ReplyDeleteW'salam Nuri... sungguh laaa... memang jenuh menggu kek ni masak... tambahan cost pon bole tahan mahal jugak... baik beli kan... hehe
ReplyDeleteFadh... guna api atas jer...selepas dah siap semua lapisan baru guna api atas bawah tuk 10 minit bagi kek kembang...