Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, 18 August 2011

Nasi Hujan Panas...


All ready in 45 minutes...

Lately di Tawau ni...cuaca agak kurang menentu... Pagi Hujan Petang Panas... Malam Hujan... Pagi Cerah...  so sempena menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca MumNiema pon nak masak Nasi Hujan Panas laaa... dari semalam lagi nak buat sebenarnya tapi kenapa terlupa.... pegi pulak siap2 masak nasi putih... eh eh.. nyanyok apa Mum ni...
Hari ni pulak punya crita... dah siap cuci2 beras kata nanti 4.30 petang nak masak... naik p bilik.... nampak katil... memanggil2 sama Mum... Ok laaa katil Mum nak rehat2 kejap ya... SEKEJAP HAPA!!!!!!..... 5.30 ptg baru terbangun..... Ya ampuunnn.... Ya ampunnnn... apalaaa nak jadi ni.... masak satu benda pon belum kul 6.20 dah nak buka... So, dgn kuasa SUPER MUM... dan bantuan Gerakan KHAS... sapa lagi Mr. Hubby laaa... akhirnya sempat jugak Mum menyiapkan Nasi Hujan Panas yang menjadi idaman tuk beberapa hari ni beserta rendang ayam dan acar timun sebelum berbuka... Alhamdulillah... terima kasih Mr. Hubby... len kali tolong laaa lagi..

Bahan utama
3 pot beras
1 pot susu cair
3 pot air

Bahan kering
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih

Bahan Tumis
1 inci halia (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
Sehelai daun pandan
Sebatang daun serai

Garam
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu teh pewarnaa merah, hijau, kuning
2 sudu marjerin
1 sudu minyak sapi (tadi takde... Mum guna minyak masak jer)
Kismis

**Pot = cawan beras tu laaa....
Panaskan marjerin dan minyak di dalam kuali, masukkan bahan tumis yang telah ditumbuk goreng sehingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan serai goreng lagi kejap. Apabila rempah dah naik bau barulah masukkan air, susu cair, daun pandan, kiub pati ayam dan garam, biarkan air panas seketika baru masukkan beras. Gaul sentiasa agar nasi tidak berkerak sehingga air meresap ke dalam beras. Pindahkan beras ke dalam pengukus. Kukus dalam 10 minit dahulu, selepas itu... buatkan 3 lubang guna belakang sudip tu, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning... sambung lagi mengukus dalam 10 minit baru gaul nasi. Jangan gaul sebaik sahaja letak pewarna nanti warna tu tak cantik.... teruskan mengukus sehingga nasi masak.... Nasi yang telah masak boleh la di gaul dengan kismis dan hias dgn taburan bawang goreng...

Acar segera...

Mum tak sempat nak buat dalca... so makan dengan rendang ayam sahaja dan acar timun...Terasa Macam Hari Raya la pulak!!!!



Harap2 Esok cuaca Mendung sikit.... Panas sangat la sekarang ni... :)

Monday, 15 August 2011

Nasi Tomato...

Set Lengkap Nasi Tomato Mum Niema...

"Apa kata hari ni kita makan Nasi Tomato?"... Mr. Hubby memberi cadangan.... MumNiema yang malas mo pikir panjang kalau bab2 menu buka puasa ni IYAkan saja apa mahunya.... beTREP Solehah laa konon... hehe... Sebenarnya secara kebetulan semua bahan2 ada kat dapur except Beras Basmathi laaaa..... alaaa... tak kesah laaa tu janji ada Beras lain kan.... dan MumNiema persembahkan di sini resepi Nasi Tomato yang biasa2 saja.... sesuai laaa kalau orang2 bujang nak masak ker, orang baru2 pengantin ker, orang baru2 nak pikat anak orang ker atau sapa2 saja laa yang nak cuba... ;)

Masih atas kuali lagi!!!
Bahan Nasi... (5 orang)
3 pot beras (sebaik2nya beras Basmathi)
3 1/2 pot air
1/2 cawan susu cair
3 sudu makan tomato puree
3 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
**1 batang kulit kayu manis
**1 kuntum bunga lawang
**5 biji buah pelaga
Sehelai daun pandan
Garam
2 sudu minyak sapi / minyak masak/marjerin pon boleh
Ni la Nasi yang dah Masak!!!

Bahan Hiasan
Bawang goreng
Gajus
Daun Ketumbar/daun sup
Kismis

Dalam kuali, panaskan minyak masukkan bahan tumbuk goreng kejap biar naik bau, masukkan bahan kering** goreng lagi kejap, jangan sampai hangus yer... masukkan tomato puree dan sos tomato bila dah mendidih baru masukkan air, susu cair,daun pandan dan garam biarkan mendidih seketika. Akhir sekali masukkan beras, gaul sentiasa agar tidak berkerak... Apabila air dah kering, pindah kan nasi ke dalam pengukus, Kukus la sehingga nasi masak (dalam 30-40 minit). Nak tengok macam mana MumNiema buat klik kat sini... http://niemasrul.blogspot.com/2011/08/nasi-lemak-kukus.html
Sebelum dihidang, gaulkan nasi dgn gajus dan kismis. Taburkan bahagian atas dengan bawang goreng dan daun ketumbar....

Nasi Tomato ni sedap dimakan dengan Ayam masak Merah atau Ayam Tomato beserta dengan acar..... macam gambar kat bawah ni...

Ayam Tomato with Honey

Acar Asam Boi Merah..

JOM MAKAN!!!!!

Thursday, 11 August 2011

Nasi Lemak KuKus...

Semalam masa prepare Ayam Percik Mr Hubby dah request nak buka apa tuk hari ni... siap bagi lagi nak makan ngan lauk apa... Bagusla kalu cam tu... kan senang Mum tak payah pikir2 panjang nak masak apa lagi tuk berbuka petang nanti... Walaupun sebenarnya MumNiema punya tekak ni bukanlah ke arah Nasi Lemak tapi tak pa kerana mu Mr. Hubby... hari ni kita makan NASI LEMAK!!!!!...

Special for Mr. Hubby....

Bahan Nasi
4 pot beras
1 biji kelapa (ambil santan)
2 helai daun pandan
1 inci halia (diketuk)
Garam

Cuci beras dan toskan. Didalam KUALI..Masukkan santan kelapa sama banyak dengan beras (guna penyukat beras tu jugak), daun pandan, halia dan garam secukup rasa.. panaskan sekejap. Agak2 air santan dah suam, masukkan beras... kacau sehingga air santan kering dan telah meresap ke dalam beras. 
Sediakan Pengukus yang terlah berisi air dan dipanaskan.. Pindahkan beras dari kuali tadi dan masukkan ke dalam pengukus pulak... kukusla sehingga masak...Mesti ada segelintir yang terfikir cam mana nak kukus nasi kan... hehe.. Di Tawau ni pengukusnya special sikit lubang kecik2 jer so beras memang tak jatuh... tengok ni pengukus antik MumNiema... semmat laa... :)

Pengukus Kesayangan...
MumNiema kalau buat apa2 nasi berempah suka buat cara ni, coz nanti nasi tu tak melekat2, tapi masih lagi mengekalan rasa dan rempah2 pon sekata jadinya...

Step 1

Step 2

Step 3
Sambal bawang ikan bilis
2 biji bawang bombay (potong bulat)
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
15 tangkai cili kering
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
Garam & gula
Kisar halus cili kering dan belacan. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau barulah masukkan bahan kisar. bila dah garing masukkan air asam jawa , biar mendidih baru masukkan bawang bombay, garam dan gula ikut rasa. Biarkan sehingga kuah mendidih baru lah dimasukkan ikan bilis. Reneh dengan api perlahan...biar lama2 sikit sehingga kuah jadi pekat dan pecah minyak (kalau 2 jam lagi bagus).

Cadangan hiasan...
Timun
telur rebus
kacang tanah

Hari ni makan Nasi lemak Special sikit ada tambahan ayam goreng berempah... macam tak cukup jer kalau makan sambal bilis... heheheh..
hmmm..... NASI KUNING bila lagi ya????... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...