Thursday 26 January 2012

Kuih Telur Penyu...

Hampir 5 bulan tidak bersiaran gara2 MABUK KEPAYANG, MABUK LAUT, MABUK-MABUKAN ewww... so hari ni Mum Niema nak kasi ramai2 sikit blog Mum yang dah berhabuk ni...

Pernah makan telur penyu????.... dulu2 masa kecik Mum pernah makan, tu pon kena paksa oleh arwah mami ngan bapak... geli betul rasanya macam makan lendir2 @ hingus laaa... Sekarang ni dah tak makan lagi... TAK SANGGUP!!! SEDEY & KESIAN nak makan...

Macam mana... Ada rupa Telur Penyu tak???

Cerita pasal telur penyu ni... Mum nak share satu resepi dari arwah Mami yang tersayang... Mum namakan dia Kuih Telur Penyu sempena rupanya yg seakan2 telur penyu... pernah juga tanya arwah Mami apa nama kuih ni... masalahnya dia sendiri pon tak tau... apa2 laaa kamu mo bagi nama katanya... :)

Nak buat senang jer.... macam buat Ondeh2 tu... tapi intinya kelapa.. pas dah masak golek2 atas tepung beras yg dah di goreng... siap!!!... NAK TAU JUGA CAM MANA... jom tengok ni bawah ni...

Bahan2 Doh..
1/2 bungkus tepung pulut
1 sudu makan penuh tepung beras
Air
Campurkan tepung dan air... uli sehingga jadi doh (jangan lembik yaaaa) nanti kuih tu melepek tak bulat... kuantiti air tu korang agak2 ler... Mum lupa nak sukat, men curah2 jer...

Bahan Inti Kelapa
1 biji kelapa parut
2 cawan air gula merah/melaka
1 sudu makan tepung pulut
Campurkan air gula dan kelapa di dalam kuali... gaul rata sehingga gula larut sebati di dalam kelapa... selepas 7 minit mengaul bolehlaa masukkan tepung pulut dan gaul lagi sehingga inti tadi melekit2 dan wap/asap dah kuar dari celah2 inti tu...

*** Sediakan 2 sudu makan tepung beras yg dah digoreng...

Dah ada Doh dan Inti... buat macam ni pulak...

1. Sediakan air rebusan di dalam periuk (panaskan)
2. Bulat2 inti dan bungkus laaa dgn doh tadi...
3. Masukkan ke dalam periuk berisi air (biarkan)
4. Tunggu sehinga doh timbul dipermukaan
5. Toskan air dan gaulkan di atas tepung beras yang sudah digoreng...

Hidangkanlah panas2, sejuk2, suam2.... semua boleh... sedap saja rasanya....



Telur Penyu ni Kompon Tak kena Denda kalau makan... :)

3 comments:

  1. Nim, mcm kuih di sakae sushi. Aku bg cadangan ko buat color2. Comel mcm di sakae sushi tu, kenyal2 kan rasanya.

    ReplyDelete
  2. iya mai... kenyal2 sikit.. liat2 sikit... boleh jugak di pelbagaikan intinya tu... letak kacang merah kaaa, kacang tanah ka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...