Wednesday 24 August 2011

Ketam Masam Manis...

Sedap pulak Mum Masak Ketam ni tadi... hehe

Seafood... memang sangat mudah nak carik kat Tawau... harga pon masih kira Ok... Hari ni makan Ketam lagi... sekilo Rm10.00... nampaknya harga naik lagi... biasanya RM6.00 pon leh dapat... hapa nak jadi daaaaa..... Tuk entry kali ni Mum tak banyak nak cerita coz kebuntuan idea dan ketandusan masa.... jadi tanpa menlengahkan segala2 yang nak di kejar... ni  resepi Ketam masak Masam Manis MumNiema...

Bahan Utama
4 ekor ketam
Bersihkan ketam. Kemudian di goreng dgn minyak yang panas selama 3 minit sahaja tau... jangan kasi lama nanti isi ketam keras... ketepikan

Bahan Sos
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci lengkuas
*5 tangkai cili kering / 2 sudu makan cili boh
2 biji tomato (dipotong dadu)
10 kiub nenas dalam tin (dipotong dadu)
2 sudu tomato puree (optional)
1 sudu makan sos cili
Garam & Gula
1/2 cawan air
Tumbuk halus atau blender semua bahan bertanda (*)... Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bahan * yang siap di tumbuk/blender... goreng sehingga naik bau, barulah dimasukkan cili boh.. tumis lagi sekejap biar cili garing. Selepas itu masukkan air, serai, tomato puree, sos cili, kiub tomato, nenas, serta garam & gula mengikut rasa masing2... biarkan mendidih seketika. Apabila kuah sudah agak pekat masukkan ketam yang telah di goreng tadi, tutup api dan gaul rata sos tersebut agar kena semua ketam... Hidangkan dgn taburan daun bawang....

Itu saja laaa untuk entry kali ni... :)

Tuesday 23 August 2011

KatiriSala... Kuih Talam orang Bugis

KatiriSala masih boleh diperbaiki

Kuih Katirisala ni seakan2 kuih talam tapi rasanya agak berlainan sikit terutama bahagian toping Gula merah tu. Kuih ni paling glamour d Tawau especially time2 kenduri d rumah orang2 Bugis... Mum nak bercerita sikit Sejarah Kuih Tradisi orang Bugis ni.... Mengapa namanya sedemikian rupa ya????

Kisahnya berlaku di Pare2 Sulawesi Selatan, Indonesia
Kalau dulu2 orang tua2 bugis bila mau pindah rumah mesti sediakan "PASERE" atau pun SOKKO (pulut) yang dimasak dgn gula merah.. kata lain kueh wajid la tu kan... Entah kenapa dalam orang2 tua ni menyediakan Pasere' secara tak tersengaja atau pun tersalah (SALA) air gula merah tertumpah (TIRI) di atas sokko tersebut dan dibiarkan begitu sahaja... lama kelamaan air gula itu menjadi kental... Ada pulak satu orang tua ni rasa sayang nak buang kuih tu... dia pon rasa laaa dulu kot2 masih boleh di makan... Eh!!!... Dia dapati rasanya sangat sedap laaaa pulak... maka dari situ la tercetusnya idea membuat kuih Katirisala (KUIH SALAH TUMPAH).... begitu laaa cerita dari orang2 tua... 

Apa benar atau tidak wallahualam... hehehe seronok juga kalau tahu sejarah kuih kan....

Dari dulu sehinggalah sekarang Mum hanya dapat makan kuih ni kat Tawau... sebab tak pernah pegi Sulawesi... lain part kat Malaysia tak pernah lagi jumpa... Mr. Hubby yang orang Semenanjung ni pon cakap macam tu juga... dan diala yang request nak Mum buatkan tuk dia... Alamak Mum pon tak reti laaaaa.... so berusaha keras laa Mum bertanya orang2 Bugis kat Tawau yang di kenali... dan akhirnya ini resepi yang Mum dapat dari KAK TINA.... 

"Pulut hitam d rendam toh.. d ramas2... baru d kukus sama santan... baru diletak d bekas... d tekan2 n d kukus lagi di atas dandangan... sementara itu... gula merah n santan n telur... d kacau.... (pandai2la agak... gula/santan/telur)... d kasih naik atas sokkok tue... pahtu d teruskan d kukus..."


Begitula maklumat yang Kak Tina sampaikan ngan Mum... coz dia sendiri tak pernah buat hanya menolong Mum dapatkan resepi ni dari sepupunya yang memang pelat dgn slang Bugisnya.... terima kasih banyak kak... Niema akan cuba juga buat ikut gerak hati berdasarkan panduan tersebut.... 2 hari Mum sebenarnya mengkaji ayat2 di atas tu... dan barula hari ni cuba MENCABAR diri... dan membuat sukatan yang lebih tepat... tapi rasanya masih perlukan pembaikkan.... biasala orang tua2 buat kuih mana men sukat2 kan... men agak2 jer semuanya... memang salute betul laaa Pro2 zaman dulu ni..

Beginila kesian lapisan bawah jadinya kalau takde pulut putih...
So wajib ada ya!!!

Ni resepi cadangan Mum untuk hasilkan kuih tersebut... buat sikit jer... maklum laaa baru nak cuba...

Lapisan bawah
1/2 cawan pulut hitam
1/2 cawan pulut putih (tadi takde tu la pulut Mum tak lekat sangat)
1 3/4 cawan santan
Garam

Rendam pulut hitam dan pulut putih... paling kurang 3 jam laa... ramas2 kan pulut, biar bercampur sekata antara pulut hitam dan pulut putih. Didalam kuali, panaskan santan kelapa dan masukkan sedikit garan, kemudian masukkan campuran pulut tadi. Gaul sehingga semua santan telah kering dan meresap kedalam pulut. Sediakn pengukus, dan alihkan pulut bersantan tadi ke dalam pengukus untuk dikukus selama 1/2 jam. Selepas itu, sediakan loyang yang dialas dgn daun pisang atau plastik. Griskan dgn minyak masak, masukkan pulut yang telah dikukus dan tekan sehingga padat... kukus semula dalam 20 minit...

Sementara itu sediakan lapisan atas

3 biji telur
200ml santan pekat
150gm gula merah (diparut/hancur)
1 sudu makan gula pasir
1/2 sudu tepung jagung (Mum tambah)

Pukul telur, gula merah dan gula pasir sehingga gula larut. Masukkan santan dan tepung jagung, gaul sebati... tapiskan untuk membuang apa2 kotoran yang ada pada gula.... tuangkan ke atas lapisan pulut dan teruskan mengukus dalam 10-15 minit lagi atau sehingga lapisan atas itu masak...
Potong apabila kuih benar2 telah sejuk bagi mengelakkan lapisan atas tu pecah coz memang lembut saaaangat...
P/S kuih ni memang Manis yahhhh.... so sapa2 yang tak tahan manis tu, bahagian toping boleh la kurang kan gula... cam mana nak kurangkan gunalah kuasa LIDAH anda...


Rupa Katirisala yang Asli...
Gambar Ihsan Mr.Google

Practice Makes Perfect.... Mum pasti akan cuba lagi buat kuih ni sehingga berjaya dapat bentuk cantik... lepas tu Mum akan cuba kongsikan dgn semua....

Next time JANGAN BUAT TIRI (SALAH) TAU...

MASIH TERCARI2 RESEPI ASLINYA NI KATIRISALA.. 

Monday 22 August 2011

Jus Avocado...

Jus Avocado MumNiema... Lezet!!!

Sebelum nak mulakan entry kali ni... Jom kenal2 dulu sama buah Avocado...
Avocado adalah sejenis buah bukan sayur yer.... rasanya lemak2 ada pahit sikit kalau di makan begitu saja... Masa kecil2 dulu Mum makan Avocado mesti cecah Susu Cap Junjung... sedapppp... tapi sekarang ni dah pelbagai jenis resepi timbul berasaskan Avocado... Banyak kelebihan buah ni sebenarnya.. daripada pokok, daun sehinggalah buahnya yang sedap tu. Mum sertakan 10 kelebihan yang biasa kita dengar...

Buah Avocado
Gambar ihsan Mr. Google
  1. Mencegah kanser prostat - haaa orang lelaki baik kamu makan ni taw...
  2. Pertahanan daripada oral kanser 
  3. Melindungi daripada kanser buah dada
  4. Untuk kesihatan mata
  5. Menurunkan kadar kolesterol
  6. Membantu menyihatkan jantung
  7. Mencegah dari berlakunya stroke
  8. Menggalakkan kadar penyerapan nutrien
  9. Sumber Gluthathione - orang perempuan yang nak chantik mesti taw ni 
  10. Kaya vitamin E - maklumlaaa kaya lemak kan... tapi jangan risau lemak dalam avocado baik punya
Uuuuiii... banyaknya kebaikkan buah ni kan... walau apapun semuanya tu berdasarkan kajian orang la terhadap buah ni kerana isi kandungannya mengandungi bahan2 yang dikatakan boleh merawat penyakit mahupun untuk kecantikkan. 
Bagi Mum pula, ni buah kurniaan Allah, dan pasti sesuatu yang dianugerahkan itu ada kelebihannya hanya kita yang perlu mengkaji. dari segi pengetahuan umum masa belajar dulu pula... buah ni tak boleh di makan banyak sangat... lemaknya tinggi boleh bikin gemuk taw... heheheh... tapi takperla kita lihat dari sudut positive jer yer... Pesan MUm hanya satu... FOOD IS NOT DANGEROUS BUT THE DOSE YOU TAKE MAKE IT DANGER.... So Mari Kita Enjoy!!!!

Bahan2
1 biji buah avocado
3 sudu makan susu pekat
800ml air sejuk
1 sudu makan coklat masakan (hiasan jer)

Cara2
Korekkan isi buah avocado yang sudah masak, masukkan ke dalam blender. Campurkan dengan susu pekat dan air sejuk. Blender sehingga buah halus... Sebelum di hidangkan, cairkan coklat masakan dan tuang sedikit kebahagian tepi cawan biar dia meleleh tu... baru masukkan Jus...

Cerita tambahan :
Tadi Mr. Hubby kata masa dia beli buah ni, dia tanya ngan penjual tu macam mana nak tahu buah avocado yang telah masak. Penjual tu pon, ambik buah dan dekatkan kat telinga dia sambil menggoncang buah tersebut... Dia kata kalau boleh dengar biji buah tu bergoyang kuat kat dalam maksudnya buah masih muda dan keras... kalau dah takde bunyi sangat buah dah lembik dan masak...hmmm Logik jugak kan...
Nasihat Mum pulak...JANGAN PICIT atau TEKAN buah masa nak membeli tau nanti buah rosak!!!.. hehehe...

Saturday 20 August 2011

Jus Timun...


Sejukkan badan di bulan Ramadhan dgn Jus Timun...
Hari ni MumNiema nak bercerita sikit pasal KEISTIMEWAAN timun. Sebagaimana semua sedia maklum tentang timun yang mengandungi pelbagai khasiat dan juga penawar. Kebanyakkan orang suka memakannya kerana dianggap dapat menyejukkan badan. Sebenarnya bukan takat itu saja... timun juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin C... semua mineral2 tu baik tuk kesihatan... ni pon tau dari ilmu2 masa belajar Sains Pemakanan masa kat 'U' dulu2 laaaa.

Nak tambah lagi sikit....



Gambar Timun Ihsan Mr. Google...
Jangan tak percaya kerana ada yang YAKIN bahawa timun dapat  membersihkan ginjal dan juga menurunkan tekanan darah tinggi... haaaa... kalau macam tu baik kita minum JUS TIMUN hari2... biar ginjal kita sihat darah pon bersih....

Ni resepi Mr.Hubby... dia yg buat tadi..

2 biji timun segar
1 liter air masak
3 sudu makan gula (atau ikut suka la)

Bersihkan timun, buang biji dan potong kecil2 supaya senang nak blend. Masukkan timun, air dan gula blend sehingga halus. Tapis la kalau tak suka serdak2 tu.... ready tuk dihidangkan sejuk2...



SEGARNYA TEKAK MUM!!!!!!



Friday 19 August 2011

Sanggar Cheese!!!!!

Sapa tak pernah makan sanggar????..... rasanya tak sorang pon yang hidup sebagai anak Malaysia tak pernah makan SANGGAR... sedapnya tuuuuuu... bermacam2 style makan sanggar ni kan... ada cecah Kicap (orang Johor), ada cecah susu, ada cecah gula, ada cecah planta, dan ENAK juga dimakan begitu saja... asalkan PANAS!!!!....
        Di Tawau satu ketika dulu makan dgn sambal lada atau kuah kacang... dan sejak kebelangan ini keMODENan telah merubah segalanya... timbul pulak sanggar baru di Tawau.... yang sangat terkenal dgn gelaran SANGGAR CHEESE.... OOOpppsss... bagi yang tak tahu apa itu Sanggar sebenarnya ialah PISANG GORENG.... hik hik hik
       Terlalu rindu sudah Mum mo makan ni sanggar, sepanjang bulan puasa belum lagi melantak sanggar... kalau tidak hampir setiap minggu mesti ada menu sanggar di petang hari...memang bukan musim bha kan... bulan Ramadhan biasanya kita semua lebih kepada puding dan kuih2 tradisi yg lain, jarang2 orang berbuka dgn sanggar kan... tapi tak pa... MumNiema hari ni mo pecah tradisi kerana kerinduan dengan kerangupan dan kelemakkan sanggar cheese Mum... kebetulan baru kejap tadi tumbang sepohon pisang di belakang rumah.... hehehe
      Kebisaannya orang Tawau guna pisang Kapak tuk buat sanggar... Apa sebabnya tak tahu la pulak, yang Mum tahu memang pisang kapak ni la yang paling banyak di Tanam d sini... rasanya memang sesuai sekali tuk buat pisang goreng, bubur pisang, berongko dan macam2 lagi laaa, coz pisang ni tak kelat langsung...


Tuk menghasilkan Sanggar yang rangup bila di goreng
(Anggaran tuk 10 biji pisang Kapak yang Gundut)
4 sudu makan Tepung gandum
3 sudu makan Tepung beras
2 sudu marjerin
Garam
Serbuk kunyit (kalau nak kuning2 sikit)
Air
Campurkan semua bahan, gaul sehingga sebati mengikut kepekatan yang sesuai... jangan cair dan jangan pekat sangat taw.... sedang2 saja...
Panaskan minyak secukupnya tuk menggoreng. Belah 2 atau belah 3 pisang... biasalah pisang kapak kan besar... celupkan ke dalam adunan tepung tadi, dan goreng la seperti biasa sehingga pisang masak kekuningan. Bila dah masak toskan minyak....

EH!!!! mana cheesenya????

Ni dia bahan seterusnya dan cara penyediaan...

Cheddar Cheese (diparut) ~ Mum kehabisan stok tu la pasal guna slice
Gula merah

Susun pisang yang telah di toskan tadi di dalam pinggan, parutkan gula merah dahulu barulah di parutkan cheddar cheese pulak... buat proses ni semasa pisang masih PANAS... SIAP laaaa..... hmmmmm dap dapnya....





Sorila... sepatutnya guna cheese yang di parut... Mum kehabisan stok terpaksa guna slice cheddar cheese yang di potong halus... nanti Mum upload lain ya... CHEESE!!!

 Mo lagi pegi Indo Cafe???? Buat la sendiri Bhaaa.... lagi Jimat...

Thursday 18 August 2011

Nasi Hujan Panas...


All ready in 45 minutes...

Lately di Tawau ni...cuaca agak kurang menentu... Pagi Hujan Petang Panas... Malam Hujan... Pagi Cerah...  so sempena menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca MumNiema pon nak masak Nasi Hujan Panas laaa... dari semalam lagi nak buat sebenarnya tapi kenapa terlupa.... pegi pulak siap2 masak nasi putih... eh eh.. nyanyok apa Mum ni...
Hari ni pulak punya crita... dah siap cuci2 beras kata nanti 4.30 petang nak masak... naik p bilik.... nampak katil... memanggil2 sama Mum... Ok laaa katil Mum nak rehat2 kejap ya... SEKEJAP HAPA!!!!!!..... 5.30 ptg baru terbangun..... Ya ampuunnn.... Ya ampunnnn... apalaaa nak jadi ni.... masak satu benda pon belum kul 6.20 dah nak buka... So, dgn kuasa SUPER MUM... dan bantuan Gerakan KHAS... sapa lagi Mr. Hubby laaa... akhirnya sempat jugak Mum menyiapkan Nasi Hujan Panas yang menjadi idaman tuk beberapa hari ni beserta rendang ayam dan acar timun sebelum berbuka... Alhamdulillah... terima kasih Mr. Hubby... len kali tolong laaa lagi..

Bahan utama
3 pot beras
1 pot susu cair
3 pot air

Bahan kering
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih

Bahan Tumis
1 inci halia (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
Sehelai daun pandan
Sebatang daun serai

Garam
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu teh pewarnaa merah, hijau, kuning
2 sudu marjerin
1 sudu minyak sapi (tadi takde... Mum guna minyak masak jer)
Kismis

**Pot = cawan beras tu laaa....
Panaskan marjerin dan minyak di dalam kuali, masukkan bahan tumis yang telah ditumbuk goreng sehingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan serai goreng lagi kejap. Apabila rempah dah naik bau barulah masukkan air, susu cair, daun pandan, kiub pati ayam dan garam, biarkan air panas seketika baru masukkan beras. Gaul sentiasa agar nasi tidak berkerak sehingga air meresap ke dalam beras. Pindahkan beras ke dalam pengukus. Kukus dalam 10 minit dahulu, selepas itu... buatkan 3 lubang guna belakang sudip tu, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning... sambung lagi mengukus dalam 10 minit baru gaul nasi. Jangan gaul sebaik sahaja letak pewarna nanti warna tu tak cantik.... teruskan mengukus sehingga nasi masak.... Nasi yang telah masak boleh la di gaul dengan kismis dan hias dgn taburan bawang goreng...

Acar segera...

Mum tak sempat nak buat dalca... so makan dengan rendang ayam sahaja dan acar timun...Terasa Macam Hari Raya la pulak!!!!



Harap2 Esok cuaca Mendung sikit.... Panas sangat la sekarang ni... :)

Sehelai Kertas Seribu Makna....


Seperti hari2 biasa, Mum p skola ambil Alia.. dari jauh kesian tengok anak Mum dgn muka merah kepanasan... Panas yer Nak???.... Walaupun begitu si kecil melangkah dgn pantas menuju ke kereta dgn senyuman... (gembira la tu Mum dah datang)... On the way balik rumah... sunyi jer dengar radio di kereta tak da lagu best... tiba2 Alia... make sound

Hrrmm...hrmmm (voice tuning nak mula conversation maklumlaa tekaknya kering kesian)
Mum... do u know??
how could I know if u not telling me anything yet??
hmmm... ehek ehek (ketawa pulak budak kecik ni)
I have something laaaa Mum...
Mum Smile... :) - (and she always understand the meaning)
Ok Mum... close ur eyes...
Opppsss... I'm driving sayang
alllaaaaa... it not surprise la anymore ni!!!!
ooOOoo... means that today u got something for me??
Yeaa.... she just a bit sigh
Ok then... later at home u show me K...
eeee... No need la at home... I give u now laahh.. also can.. (begitula bahasanya)

she opened her bag.. take out a piece of folding paper... as shown below

Cantiknya Kad Raya Mum....

Ya Allah... terharunya hati Mum tengok KAd Raya PERTAMA tahun ni special... KHAS tuk Mum saja... See Mum, look what I did during my DSV (Dunia Seni Visual)... my teacher teach me... dalam pada driving2 tu... sempat la Mum jeling2 apa yang di tulis dalam Kad My Princess Alia... Aduiii... lagi tersentuh hati Mum tengok apa yang Alia Mum tulis kat Kad Raya tu... huhuhuhu tengok laaa ni haaaaa... uwaaaaa

Anak Mum tiada Dosa Sayang!!!

Mungkin Cikgu dia yang ajar tulis tu semua, tapi itu TULISAN ASLI anak Mum, My only daughter, Mere Pyar.... huhuhuhu
Barulaa tau macam mana gembiranya hati kan kalau anak2 buat surprise2 begini... biarpon benda kecik tapi besar maknanya... So sebagai balasan Kad raya Alia tu... ni Mum nak bagi mesage skit... besar nanti bacalah ya Nak...

To My dearest daughter Alia Antasya,
Mum want you to know that you're the best gift Allah has given to me. You brought color to my world, and you are too WHITE to do any sin to me at your age now. TQ for this Lovely2 card... Mum Love You very Much Sayang....

Sehelai Kertas Putih Itu Sungguh berMakna Buat MUM.... :)

Tuesday 16 August 2011

Sup Sotong bertaucu...

Sup Jimat Masa...

Penatnya hari ni.... macam2 benda kena buat... nak masak pon agak malas2 sikit. Tapi kalau tak masak nak makan apa buka nanti???... hmmmm... Dalam malas2 tu maka terhasil la satu resepi orang malas... Resepi campak2 dalam periuk... Sup Sotong... asalnya nak buat sup toofu telur jer, nampak ada pulak sotong hmmm ni sudah bagus, Masukkan semuanya dalam periuk dah jimat Masa dan tenaga... dalam satu periuk ada Karbohidrat, Protein, Fiber, Vitamin semua ada.... sesuai sangat tuk berbuka puasa...

200gm sotong (potong kecil)
1 batang tofu telur
1 biji kentang (potong dadu)
1/2 tin jagung (cream)
1 biji telur (di kacau dgn sedikit air)
Su-un
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia
2 sudu makan taucu
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
Garam
500ml air

Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia. Didalam periuk panas kan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan air serta sotong, biarkan mendidih. Apabila air dah mendidih masukkan kentang, biarkan sehingga kentang agak lembut. Selepas itu baru masukkan taucu, sos tiram, serbuk lada putih, garam secukup rasa dan jagung serta larutan tepung jagung, biarkan lagi air mendidih seketika barulah dimasukkan telur yang telah dipukul dgn sedikit air. **masukkan telur perlahan2 sambil mengacau supaya dapat bentuk jaring2 telur tu. Akhir sekali masukkan Tofu telur dan Su-un...
Hidangkan di dalam mangkuk dgn taburan bawang goreng dan daun sup... hhhuuuuhhh

Monday 15 August 2011

Nasi Tomato...

Set Lengkap Nasi Tomato Mum Niema...

"Apa kata hari ni kita makan Nasi Tomato?"... Mr. Hubby memberi cadangan.... MumNiema yang malas mo pikir panjang kalau bab2 menu buka puasa ni IYAkan saja apa mahunya.... beTREP Solehah laa konon... hehe... Sebenarnya secara kebetulan semua bahan2 ada kat dapur except Beras Basmathi laaaa..... alaaa... tak kesah laaa tu janji ada Beras lain kan.... dan MumNiema persembahkan di sini resepi Nasi Tomato yang biasa2 saja.... sesuai laaa kalau orang2 bujang nak masak ker, orang baru2 pengantin ker, orang baru2 nak pikat anak orang ker atau sapa2 saja laa yang nak cuba... ;)

Masih atas kuali lagi!!!
Bahan Nasi... (5 orang)
3 pot beras (sebaik2nya beras Basmathi)
3 1/2 pot air
1/2 cawan susu cair
3 sudu makan tomato puree
3 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
**1 batang kulit kayu manis
**1 kuntum bunga lawang
**5 biji buah pelaga
Sehelai daun pandan
Garam
2 sudu minyak sapi / minyak masak/marjerin pon boleh
Ni la Nasi yang dah Masak!!!

Bahan Hiasan
Bawang goreng
Gajus
Daun Ketumbar/daun sup
Kismis

Dalam kuali, panaskan minyak masukkan bahan tumbuk goreng kejap biar naik bau, masukkan bahan kering** goreng lagi kejap, jangan sampai hangus yer... masukkan tomato puree dan sos tomato bila dah mendidih baru masukkan air, susu cair,daun pandan dan garam biarkan mendidih seketika. Akhir sekali masukkan beras, gaul sentiasa agar tidak berkerak... Apabila air dah kering, pindah kan nasi ke dalam pengukus, Kukus la sehingga nasi masak (dalam 30-40 minit). Nak tengok macam mana MumNiema buat klik kat sini... http://niemasrul.blogspot.com/2011/08/nasi-lemak-kukus.html
Sebelum dihidang, gaulkan nasi dgn gajus dan kismis. Taburkan bahagian atas dengan bawang goreng dan daun ketumbar....

Nasi Tomato ni sedap dimakan dengan Ayam masak Merah atau Ayam Tomato beserta dengan acar..... macam gambar kat bawah ni...

Ayam Tomato with Honey

Acar Asam Boi Merah..

JOM MAKAN!!!!!

Sunday 14 August 2011

Tepung Pelita banyak Durhaka....

Puas Hati dapat buat sendiri lagi!!!

Adedey.... syukur Alhamdulillah... lepas bersungkai ni perut gembira betul bhaaa....  puas hati kalik dia dapat makan kuek tepung pelita... Pagi tadi Mum tenampak resepi di blog KAK ITA adui... kepingin terus mo makan... sudah la gambar2 di blog Kak Ita tu chantek2 belaka, apa lagi Mum pon ikut la resepi Kak Ita tu... cuma tambah tolak sikit2 sak laa ikut tekak masing2 kan... Apa2 pon resepi tu memang Mantops sedap laa orang Tawau bilang... di sini Mum Salinkan semula resepi Kak Ita tu ya.... tulisan KUNING tu Mum tukar sikit dan tambah2 sikit... Sori Kak Ita... memang begitu laaa resepi yang ada kebiasaannya hanya sebagai panduan.... dari segi rasa tu bergantung ngan tekak masing2 kan... (pandai la mo mengCover2 situ.... hehe)

Terlebih tu gula... takpe la

Air Gula

1/2 buku gula merah
1/2 cawan air
Sengkuang cincang
Masak gula sehingga larut... 
Ambil 1 sudu teh air gula dan masukkan ke dalam bekas kuih tepung pelita. Taburkan sengkuang.... saja Mum Tambah sebab suka perasaan menggigit sengkuang tu... macam kuih TAKO

hah tu  la jadinya... melimpah

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

Lapisan bawah

1 cawan tepung beras

1 cawan gula / (3/4 cawan)

5 cawan air

sedikit air kapur / (1 sudu makan)

4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

 

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.

Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat atau dah meletup2 tuBila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atau gelas kecil dan ratakan.

biarkan keras sebentar.

 

Lapisan Atas

4 sudu besar tepung beras - ratakan

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

secubit garam

 

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.

kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.

Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.


Macam mana nak buat kotak daun pisang dan nak tengok resepi asal yang MumNiema ambil... sila lawat laman berikut :

 
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/08/tepung-pelita-dan-kotak-pisang.html?utm_source=BP_recent


Terima Kasih Kongsi Resepi... Terima Kasih Kak Ita.... :)

Friday 12 August 2011

Non-bake Tiramisu...

The First Tiramisu in My Life!!!!

Masih Mum ingat suatu ketika dulu masa time study kat "U"... Kawan2 selalu crita pasal kesedapan tiramisu yang mereka sendiri tak tau nak bayangkan kat sesapa macam mana laa sedapnya tiramisu tu... So satu hari Mum g Jalan2 kat KL... Mid Valley la masa tu yang Glamour... ternampak ler Mum kek Tiramisu kat Secret Resepi... dari luar kaca jer jeling2 HARGA punya la Mahal... (trus tak sanggup nak masuk dalam)... hehe.. sayang duit oooOOOooo... Mum Orang Susah.... Start dari hari  kawan cerita, sampai la habis belajar kat U sehingga mendirikan rumah tangga... Terus Terang... Mum Niema tak pernah pon menjamah Tiramisu hanya tahu nama saja... Kalau waktu belajar faktor kewangan menjadi masalah tapi rupanya bukan itu saja... rupa2nya banyak tiramisu masa tu tak HALAL ada guna gelatin dan ada juga yang guna wine... syukur Alhamdulillah, Allah sayangkan Mum, itu la banyak saja halangan tuk membeli masa tu...
Masa berlalu dan terus berlalu, sehinggalah Mum dah ada 3 Cahaya Mata, cerita tiramisu yang sudah lama di lupakan teringat kembali apabila rakan sekelas MumNiema pos gambar tiramisu kat Wall dia... terus membara2 hati nak mencuba... so tanpa segan silu Mum bertanyakan resepi dari JANIRA my best buddy masa kat matrik... apa yang paling best dalam resepi tu tak ada GELATIN langsung.... wahhhhh ni yang membuat hati lagi berkobar2 nak buat... coz mum niema sampai sekarang memang belum pernah gunakan apa2 jenis GELATIN dalam masakan... memang ini yang di tunggu2...
Dikesempatan ini Mum ingin berkongsi resepi Tiramisu Kawan Mum Niema... Halalkan ya JAN...

250 gm cream cheese
200ml whipping cream
150gm gula kastor
1 st perisa vanilla
24 keping ladies finger
1sd makan serbuk koko
1sd makan nescafe
1cawan air putih
Cairkan mescafe dengan air dalam pinggan @ mangkuk (ketepikan)

Pukul whipping cream sampai kembang... asingkan dulu...
Pukul cream cheese & gula sehingga sebati masukkan whipping cream tadi & perisa vanilla... pukul sekejap sehingga sebati dah ler...

Sediakan acuan yang sesuai... kaca lagi bagus nampak chantik...
Celup ladies finger dalam air nescafe dengan cepat... mulakan bahagian yang bula dahulu... susun kemas dalam loyang dan lapiskan crea... ulang proses sekali lagi untuk dapatkan 2 lapisan... means... ladies finger cream ladies finger cream... dah siap, masukkanlah dalam peti sejuk (paling kurang 3 jam baru sedap dan cantik di potong)...

Sebelum potong tuk d makan taburkan serbuk coklat/koko di bahagian atas... MumNiema tak letak awal2 coz serbuk coklat tu jadi lembab di dalam peti sejuk....

Happy Tiramisuing!!!

Udang Mayonis...

Asyik2 sambal udang... asyik2 udang goreng tepung... bukan tak sedap cuma kekadang terasa ingin menikmati semua makanan yang ada di seluruh Dunia ni... (kalau laaa boleh... masalahnya memang tak boleh pon)... Sebenarnya hari ni blur tak tau nak masak apa.... dah tanya sama tekak ni pon... dia tak tau nak jawab apa... yang dia nak Air Air Air... tu jer... Tekak Mum dah tak kesah nak makan ker????.... Oleh kerana Otak Mum sudah Kekeringan Idea... maka masak yang simple lagi laaa jawabnya... Udang Mayonis Pon jadilaaaaa tuk berbuka....



Bahan Utama
15-20 ekor udang sederhana
2 sudu makan tepung jagung
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
secubit garam
secubit lada putih
Minyak masak tuk menggoreng

Gaul semua bahan, panaskan minyak dan goreng la udang sehingga kekuningan..
***Goreng udang tak yah lama2.... pastikan minyak betul2 panas goreng dalam seminit dah ler...

Bahan Sos
2 sudu makan mayonis
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
lada hitam
Air limau kasturi (dari 1/2 biji jer)
Goreng bawang merah dan bawang putih, kemudian tumbuk halus. Masukkan bawang yang telah ditumbuk ke dalam mayinis, taburkan sedikit lada hita dan perahan air limau kasturi (Mum guna 1/2 biji jer coz limau kasturi masam berbanding lemon)... gaul rata...

Penyediaan tuk makan
Sos boleh dijadikan pencecah udang
ATAU
Gaulkan sos mayonis trus bersama2 udang yang telah di goreng macam dalam gambar tu...

Sungguh sedap ketika PANAS!!!!!


SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!

Thursday 11 August 2011

Nasi Lemak KuKus...

Semalam masa prepare Ayam Percik Mr Hubby dah request nak buka apa tuk hari ni... siap bagi lagi nak makan ngan lauk apa... Bagusla kalu cam tu... kan senang Mum tak payah pikir2 panjang nak masak apa lagi tuk berbuka petang nanti... Walaupun sebenarnya MumNiema punya tekak ni bukanlah ke arah Nasi Lemak tapi tak pa kerana mu Mr. Hubby... hari ni kita makan NASI LEMAK!!!!!...

Special for Mr. Hubby....

Bahan Nasi
4 pot beras
1 biji kelapa (ambil santan)
2 helai daun pandan
1 inci halia (diketuk)
Garam

Cuci beras dan toskan. Didalam KUALI..Masukkan santan kelapa sama banyak dengan beras (guna penyukat beras tu jugak), daun pandan, halia dan garam secukup rasa.. panaskan sekejap. Agak2 air santan dah suam, masukkan beras... kacau sehingga air santan kering dan telah meresap ke dalam beras. 
Sediakan Pengukus yang terlah berisi air dan dipanaskan.. Pindahkan beras dari kuali tadi dan masukkan ke dalam pengukus pulak... kukusla sehingga masak...Mesti ada segelintir yang terfikir cam mana nak kukus nasi kan... hehe.. Di Tawau ni pengukusnya special sikit lubang kecik2 jer so beras memang tak jatuh... tengok ni pengukus antik MumNiema... semmat laa... :)

Pengukus Kesayangan...
MumNiema kalau buat apa2 nasi berempah suka buat cara ni, coz nanti nasi tu tak melekat2, tapi masih lagi mengekalan rasa dan rempah2 pon sekata jadinya...

Step 1

Step 2

Step 3
Sambal bawang ikan bilis
2 biji bawang bombay (potong bulat)
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
15 tangkai cili kering
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
Garam & gula
Kisar halus cili kering dan belacan. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau barulah masukkan bahan kisar. bila dah garing masukkan air asam jawa , biar mendidih baru masukkan bawang bombay, garam dan gula ikut rasa. Biarkan sehingga kuah mendidih baru lah dimasukkan ikan bilis. Reneh dengan api perlahan...biar lama2 sikit sehingga kuah jadi pekat dan pecah minyak (kalau 2 jam lagi bagus).

Cadangan hiasan...
Timun
telur rebus
kacang tanah

Hari ni makan Nasi lemak Special sikit ada tambahan ayam goreng berempah... macam tak cukup jer kalau makan sambal bilis... heheheh..
hmmm..... NASI KUNING bila lagi ya????... :)


Wednesday 10 August 2011

Ayam Percik dan Idolaku...

Jeng Jeng Jeng... jangan orang2 Tawau dak percaya ya... awal bulan Julai Mum Niema pergi kursus memasak... duiinaaa... Surprisenya!!!... apa la yang BEST sangat kursus mu MumNiema macam orang lain tak pernah pegi kursus???... BEST??....uuuiiii mestila BEST gila2 punya.. mana tak nya... Chef Ismail Pulak tu ngan Chef Florence yang datang...Selebriti ooOOooo bukan senang orang Tawau mo Jumpa Selebriti terkenal... Korang tak caya tengok ni betul2!!!! HohOHo...

Tengok tu siap tandatangan Chef Ismail lagi...

Yang Sebenar2nya nak bagi tau korang semua...betapa Puas hati dapat menurun ilmu daripada dua Chef tersohor ni.. memang happening sepanjang sesi masak memasak disamping banyak ilmu yang dipelajari... dah ler yuran pon murah RM40.00 jer...dapat belajar 2 jenis lauk, 1 cheese kek dan 2 jenis biskut... Plus dapat hadiah percuma lagi.... uiii berbaloi sungguh!!! Untuk itu TERIMA KASIH wahai Sahabat ku NITA @ NdutKu yang membawa Mum Niema ke sini... Next time kalau ada calling lagi yah!!!

Gambar kena Edit... Perasan mo masuk Majalah!!
Dan salah satu Menu yang Mum belajar pada hari tu iaah AYAM PERCIK.... adedeyyyy.... wangi sungguh aroma kuah ayam percik yang Chef masak... menjadikan Mum tak sabar nak kongsi resepi tersebut... ini dia PERCUMA untuk anda semua Mum dapat ni kena bayar tau... gurau jer... hehe... Iklas hati Mum nak kongsi yaaa...

1 kg paha ayam
minyak untuk menumis
250 ml santan

Bahan kisar
3 batang serai
3 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup (serbuk pon boleh)
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 sudu jintan manis
Wangi Semerbak baunya....
1 sudu ketumbar
3 biji cili kering
Sedikit air (untuk mengisar)

Bahan perasa
Garam & Gula
Pati ayam

Bahan pemekat
2 sudu makan Tepung beras
sedikit air

Cara2..

  • Cuci ayam, tos dan ketepikan
  • Panaskan kuali dan tumis bahan rempah sehingga wangi.
  • Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan bahan pemekat dan sedikit air, didihkan diatas api sederhana.
  • Masukkan santan kelapa, dan bahan perasa. Apabila kuah sedikit pekat, padamkan api.
  • Susunkan ayam diatas jaring pemanggang. Panggang di dalam oven pada suhu 200'C selama 30 minit.
  • Bila telah masak tuang lebihan sos keatas ayam...
Macam skema pulak resepi ayam percik ni kan... hmmm tu laaa kalau menaip ikut resepi orang... 

SELAMAT MENCUBA!!!


Tuesday 9 August 2011

Rosemary Chicken...

Kembali bersiaran... masih lagi dalam mood Ramadhan...
Tuk persembahan Iftar hari ke-9 ni... Mum Niema ada style2 laaa sikit... tak mo makan nasi... nak jadi OMPUTIH pulak... hohoho... boleh tahan ker perut ni tak makan nasi... tengokla nanti... kalau tengah malam dia meragam pandai2 la bukak periuk... carik nasik...

Makanan Sihat...

Kalau kita tengok rancangan memasak Omputih macam senang jer kan dorang memasak.... semua pakai tabur jer atas ayam dah siap... memang Mum Niema betul2 ikut style diaorang... tabur2 campak2... tuk resepi kali ni... Mum buat yang paling mudah guna rempah yang paling kerap mereka gunakan especially nak masak ayam atau daging iaitu ROSEMARY & THYME... chantik betul nama2 rempah OmPutih ni... saje la tu buat makanan diaorang nampak Glamour... haa mengutuk ko Mum Niema Bulan Puasa ni... Ok Ampunkan saya... Apa2 pon makanan korang memang sedap... sesedap sedap sedapnyaaaaa laaaa.... masak pon senang... Oh ya... Orang2 Tawau kalau maw carik Rosemary ngan Thyme dgn harga RM1.50 speket ada di kedai Bakery... kalau beli yang di Supermarket dalam botol tu MAHAL ooOOoo....

STOP membebel.... Mana Resepi????

Rempahnya...
Masak tuk 2 orang jer...

2 ketul Paha ayam
1 sd teh Rosemary
1 sd teh Thyme
2 sudu teh jus oren sunquick
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit black pepper
Garam
1 sd makan olive oil/minyak jagung (apa2 laaa)
**Campurkan semua bahan2 gaul rata sehingga kena semua permukaan ayam... selitkan juga di bawah kulit peha ayam tu.... marinate at least 1 jam sebelum di bakar 230' 1 jam.. Mum masukkan dalam aluminium foil saja... masa bakar tu 45 minit dalam keadaan terbungkus didalam aluminium foil dan 15 minit terakhir Mum buka pembungkus tu biar ayam kekuningan sikit..

Marinating Process....

hmmmm..... kalau nak tau Ubi Kentang tu pon Mum niema bakar jugak dalam Aluminium foil...

2 ketul kentang
black pepper
garam
1 sudu Butter
**kentang potong ikut suka... taburkan garam dan black pepper dan masukkan butter... balut dgn aluminium bakar sekali dalam oven ngan ayam kat atas tu.... hidangkanlah mengikut kreativiti masing2... tapi kalau ikut yang macam kat gambar tu pon memang perfect combination....

Alhamdulillah Masih Kenyang sampai sekarang... 
sayang dari 
MUM NIEMA


Triffle suka hati....

Strawberry... Oh... Strawberry... Pusing satu bandar Tawau mencari Strawberry tidak ketemuan langsung... *SIGH*... padahal hati berkobar2 nak buat TRIFFLE yang chantik dan sedap... godak2 dalam almari ada setin mix tropical fruit... hmmmm ini pon ok laaa... dah naik semangat balik... tanpa berfikir panjang trus jer buat base potong kek segera... buat kastad....tabur buah2an dalam tin yang hanya banyak betik ngan nenas tu...hehe... TUP TUP TUP.... Alamak!!!! jelly ku takda rupanya... ya ampunnn... so mencari lagi alternatif lain... bukak PETI Ais DORAEMON... ada pulak sikit saki baki Strawberry Pie filling... nah... kuar idea baru... bagus filling ni MuM masak tambah sikit air masuk sikit agar2 biasa... YESS!!!... experimen Berjaya!!!... tekstur jelly dapat juga dihasilkan.... rasanya tak tau laaa... coz nanti berbuka baru nak tau... Akhirnya dapat jugak Mum Niema menghasilkan Triffle "ROJAK" ni... hua ha ha

Triffle Mum yang COMOT!!!



Biarpon rupanya agak kurang menarik...Tapi rasanya PASTI sedap..(perasaan laaa pullak)... oleh kerana kes2 seperti yang dinyatakan Mum Niema segan aaaa nak bagi resepi tapi kalau korang nak buat jugak Triffle Hentam Keromo Mum Niema... sudi2kanla menelaah resepi d bawah ni...







Buat sikit jer... (2 cawan desert /aiskrim)

Lapisan 1
2 potong swiss roll setebal 1 1/2 cm
letakkan di bahagian bawah cawan, curahkan sedikit air sirap buahan

Lapisan 2
Kastad:
*1 sudu makan kastad
* 1 sd teh gula kastor
*50ml susu cair
*100ml air
*setitik vanilla
Masak semua bahan atas api sederhana... tuang keatas kek tadi. Taburkan degan buah2 dalam tin tu...

Lapisan 3
70ml whipping cream
1sd makan icing sugar
pukul whipping cream sehingga kembang dan gaulkan dgn gula.

Lapisan 4
**jelly SPECIAL Mum Niema...
3 sd makan strawberry Pie filling
1 sudu teh icing sugar (rata)
1 sd teh serbuk agar
50 ml air
Masak semua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih... tutup api dan teruskan menggaul sehingga jelly betul2 sejuk baru di tuang keatas lapisan Whipping... kalau tak nanti Whipping cair...

Nak tengok apa jadi kalau tuang jelly panas2 atas WHIPPING cream.... NAH INI DIA!!!! HAHAHAH...
dah jadi macam Air Batu Campur.... habis semua Jelly turun ke bawah... ;)

Tapi Macam Chantik jugak...

ADA BERANI NAK CUBA RESEPI INI LAGI??????.... tanya la hati..... hehe
Next time jumpa lagi dgn triffle MUM yang lebih menarik OK... Assalamualaikum...

Sunday 7 August 2011

Puding Karamel..

Semua telah maklum tentang keenakkan rasa puding karamel... dalam erti kata lain sapa la yang tak pernah makan puding karamel kan... sepanjang hayat ini dah bermacam2 versi puding karamel yang Mum Niema makan.. ada letak susu pekat, ada letak buah2 sebagai toping, ada letak coklat, ada di bakar, ada d kukus, letak tepung kastad dan sampaila ketahap Puding Karamel yang TAK GUNA TELUR.... apa2 pon semuanya lebih kurang sama.. karamel tetap ada... tu la pasal nama dia puding karamel... untuk N3 kali ni.. Mum Niema nak kongsikan puding karamel berlapis coklat... resepi ni kawan yang bagi... SI NDUT FATIN my lovely lovely friend...


Bahan Gula Hangus  
Sedap Bha!!!
Masukkan 3 sudu mkn gula dlm loyang berukuran 7" @ 8" atas api sederhana kecil. Masak sampai gula kekuningan, layang2kan loyang biar gula rata. Masukkan 1 sudu kecil air dan ratakan dgn gula yg kekuningan td. Biar gula sejuk dan keras.


Bahan A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula halus/kastor
3 biji telur (saiz besar-A)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula halus/kastor
3 biji telur
2 sudu makan serbuk koko + 1 sudu pes coklat/coklat emulco

Cara2:
a. Bahan A - Pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur. Kemudian masukkan susu cair, esen vanila dan tepung jagung. Gaul rata.
b. Bahan B - Pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur. Kemudian masukkan susu cair, serbuk koko dan pes coklat.
c. Panaskan pengukus dan sediakan loyang yg telah dimasakkan gula hangus td. Lenserkan tepi loyang dgn sedikit marjerin.
d. Masukkan 1 cawan adunan A. Kukus selama 10min (atau biar adunan sedikit keras) dan masukkan adunan B pula dan ulang proses hingga 
habis adunan.

e. Sejukkan sebentar dan terbalikkan. (Cungkil keliling loyang dengan pisau nipis agar puding mudah tanggal).

Hari ke-10 Yang Tenang...

Assalamualaikum....
Happy 10days my lovely blog...bersamaan hari ke-7 kita berpuasa... ditambah lagi Bumi Tawau di limpahi hujan Rahmat di subuh hari selepas beberapa minggu tidak hujan.. menjadikan hari ni seolah2 SPECIAL jer buat Mum Niema... mood baik hati pon tenang... Malam tadi ada terbaca artikel yg di post oleh adeq cantik Lisa Wati di FaceBook... antara petikan yang masih terngiang2 di telinga MumNiema ialah "Pada bulan Ramadhan, ada roh yang dibenarkan keluar dari Luh Mahfuz... tempat pertama yang roh2 ini pergi sekiranya dapat pulang ialah kubur mereka dan juga rumah anak2 mereka...... dengan harapan orang yang dilawati itu akan memberikan mereka HADIAH".. ..Wallahualam... 

Tak kira la... apa yang diperkatakan itu benar atau tidak... Hati MumNiema amat gembira membacanya... sekaligus mengingatkan diri ini agar sentiasa meningkatkan amalan supaya arwah kedua2 ibu & bapa Mum yang datang 'melawat' ke rumah anaknya ini dapat membawa HADIAH mereka bila balik ke Luh Mahfuz menjelang Aidilfitri... :) 'Sesunguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas apa yang berlaku di muka bumi dan diakhirat kelak'... memang menginsafkan sungguh bila membaca artikel2 sedemikian...untuk itu marilah kita mulakan hari yang tenang ini dgn zikir taubat... semoga semua amalan kita diberkati olehNya..


Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=LF4TRyHD30g

Ni salah satu Zikir yang paling menyentuh Hati Mum Niema bila mendengarnya...
KeDAMAIan  dan KeTENANGan sampai ke-HATI




Saturday 6 August 2011

Putri Ayu...

Sungguh Ayu!!!

Seindah nama secantik rupa elok pula bila di rasa.... Begitula yang dapat Mum Niema Ungkapkan tentang kuih Putri Ayu dan menjadi Kuih Tradisional Kegemaran NO SATU Mum Niema... Syukur Alhamdulillah... kalau dulu2 asyik beli jer kuih ni... tapi sekarang sejak dah berumahtangga dan mula bermanja2 kat dapur akhirnya dapat jugak membuat sendiri... hari ni Mum Niema pelbagaikan sikit rasanya PANDAN vs YAM... maklum laa zaman moden ni kita kena kreatif, lebih2 lagi dalam hal menyediakan makanan tuk orang2 tersayang... Dulu rasanya memang kurang kreatif juga... tapi syukur semenjak adanya dunia Cyber ni... Mum Niema dapat menyelongkar banyak ilmu melaluinya... dan penyumbang terbesar idea memasak Mum Niema ialah Laman Kongsi Resepi. Kekadang terfikir siapalah tuan punya web tu... Terima Kasih banyak2 laaaa kerana menemukan Mum Niema dengan semua ibu2, wanita2 dan sesapa saja yang bermurah hati berkongsi resepi kat laman web tu... semoga ilmu yang korang bagi ini sentiasa berterusan dan mendapat balasan diakhirat kelak.. Amin...

Ini dia resepi Mum Niema 22-24 biji...
  •  2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 biji telur gred B
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1/2 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh perasa pandan
  • sedikit pewarna hijau
Toping kelapa
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telur + gula sehingga betul2 kembang (jangan kurang dari 5 minit).
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Toping kelapa : satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5-7 minit. 

Perasa dan pewarna tu bole laa di pelbagaikan... agar lebih menarik... Next Time Mum Niema nak Buat perasa Blueberry pulak...Eh!!! Ok ker blueberry letak santan???... 




Love,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...