Saturday 30 July 2011

Puding Balqis...



Pasti sudah ramai yang tahu nak buat puding ni kan... rasanya memang sedap... macam makan buih2 yang manis... lagi sedap kalau di makan sejuk2...so tak heran laaaa semua pakar2 Puding di luar sana sangat kreatif menghasilkan rupa bentuk Puding yang sedap ni... bukan setakat sedap diRASA.. malah nama pon sedap diDENGAR....hmmm berapa banyak SEDAP daaaa....

Sumber : My Resepi (K.Nor)
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

Masak serbuk agar2, air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Bersihkan telur dan buang tali pusat kemudian pukul  hingga betul2 kembang dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur tadi dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga warna sekata.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk lapisan yang ke2 masukkan perlahan2 supaya adunan tak bercampur. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.


P/s... Jangan Ubah resepi... tahap manis dan kekerasan puding PERFECT!!!!

4 comments:

  1. huahuahua...siap ada peringatan di situ...hikhikhik

    ReplyDelete
  2. hahahah.... pesanan khas tuk mereka2 yang baru nak mencuba... kepada Pro2 sekalian ubah sajalaaaa... kikiki

    ReplyDelete
  3. Pro ye kak..hahahaha...kali pertama pun selalu menderhaka,....:D...tapi saya kalau bab agar2/puding..mmg fail..puding cheese craker akak tu pun saya fail...huhuhu... fed up dah saya dg puding/agar2...uwaaaa

    ReplyDelete
  4. Puan... Telur tu kena pukul sampai ringan dan kembang ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...