Sunday 29 January 2012

Kuih Gulung...

First time buat kuih gulung MENJADI pulak tu.... HURAYYYYY!!!!!!!.... berbaloi sungguh mencuba resepi ni... lain rasanya berbanding yang di jual kat gerai2 atau kantin skola.... ada rasa lemak dan wangi daun pandan di tambah pula dengan inti kelapa muda bercampur GULA MERAH aslinya di TAWAU... hmmmm PUAS HATI dapat makan kuih gulung yang SEDAP... terima kasih kepada empunya resepi dari blog CITARASAWAN
Kuih Gulung @ Kuih Ketayap... mana2 laaaa
Ni Resepi dia... Mum tuliskan balik kat sini... (Anggaran 12-14 biji Kuih)

11/2 cawan air santan kelapa
2 helai daun pandan
** diblend dahulu kemudian tapiskan buang serdak pandan tu...

1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 sudu makan marjerin (dicairkan)
Secubit garam
Pewarna hijau **optional - kalau nak lagi hijau

Satukan semua bahan dgn air daun pandan tadi di dalam blender... blend sehingga halus (dalam 2 minit)...

Inti Kelapa...
1/2 biji kelapa muda
1 cawan gula merah
3/4 cawan air
11/2 sudu tepung jagung/pulut
  • Cairkan gula dengan air (tapis jika perlu)
  • Campurkan air gula + kelapa... gaul rata
  • Masukkan tepung jagung/pulut.. gaul lagi sehingga berwap dan agak melekit2...
SETERUSNYA... TENGOK GAMBAR NI.... 


Cara Menyediakan Kuih...
  1. Panaskan kuali leper dan lenserkan dgn sedikit minyak.
  2. Ambil satu senduk adunan tepung (baik guna sudu bulat/sudu sup).. curahkan ke atas kuali dan golek guna sudu tu agar adunan menjadi tipis.
  3. Lagi baik kalau adunan di tutup agar bahagian atas masak sekata. (Lupa nak gambar)
  4. Bila dah masak, masukkan inti kelapa dan gulung macam buat popia.. atau ikut kreativiti masing2...
PETUA TAMBAHAN : Sebaiknya adunan terus di gulung bila dah masak, kalau nak tunggu pon boleh juga tapi make sure jangan disusun berlapis pulak adunan tu... nanti tak cantik dan melekit antara satu sama lain....



3 comments:

  1. as'saalm hemmm sdp tu lama x mkn kuih ketayap ni...buat sarapan atau minum petang mmg bebaloi

    ReplyDelete
  2. ha ah... memang sedap laaaa... sebenarnya tak berapa suka makan kuih ketayap tapi buat resepi ni... eh eh sedap pulak adunan tu... terus memikat hati... :)

    ReplyDelete
  3. nk buat gak le...tapi aku rasa anak2 tak suka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...