Wednesday, 1 February 2012

Kuih Talam Kacang Merah...

Waktu petang biasanya waktu BORING!!!.... masa tuk angan2 atau tidur kalau tak da kerja nak buat... sambil duduk diam tu... Mum bukak komputer baca kisah2 masyarakat... ada yg baik ada yang tak baik... tertarik dgn satu artikel Kawan Talam Dua Muka... menarik ceritanya.. banyak pengajaran dan sangat menginsafkan... memang biasanya tanpa sedar kita sebenarnya berkelakuan sedemikian tapi sering cuba menafikannya bila dah berdepan dengan kenyataan....
         CEH!!!!... Mum banyak laa celoteh mu... apa kaitan ngan KueK Resepi Hari ni... 
Tu laa pasal... lepas baca artikel tu terus perut jadi lapar dan teringin makan kuih Talam... jadi tanpa buang masa Mum Pon masuk dapur tengok apa2 yang ada... Alhamdulillah... bahan tuk Kuih Talam ada...


Actually kuih talam ni bukanlah kuih Favourite Mum... tapi entah kenapa hari ni TERIIIIIIIINGIIINNN sangat... Mum Kongsi resepi yaa... yang biasa2 saja...

Mum Buat saiz kecil coz tahu tak berapa makan pon hanya nak melepaskan GERAM...

Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 tin kacang merah (kidney)
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
sedikit garam
Sedikit pewarna merah (tuk naik seri jer)
* Campurkan semua bahan kecuali kacang merah. Gaul rata dan tapis tuk buang ketul2 yang tak hancur.
* Blender Kacang merah dalam 5 saat, masukkan adunan tepung tadi dan blend lagi dalam 5 saat.

Lapisan atas
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
*Campurkan semua bahan gaul sebati dan tapis (biar larutan tu halus tak berketul)

Cara Memasak...
  1. Panaskan pengukus dan lapik penutup dgn kain.
  2. Sediakan Loyang Kecil (6 inci).
  3. Lenserkan dgn minyak masak
  4. Tuang adunan lapisan bawah. Kukus laa selama 15-20 minit.
  5. Bila dah masak, cakarkan bahagian atas dgn garfu, baru masukkan adunan lapisan atas. Teruskan lagi mengukus dalam 10-15 minit.
  6. Biarkan betul2 sejuk baru di potong...
Makan Kuih TALAM tak Berdosa...
Jadi Orang TALAM dua muka banyak dosa tau...

1 comment:

  1. kuih baru....sedap cuma belum berapa menghayati rasanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...