Monday 5 September 2011

Biskut Donut...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!!


Ini barulaaaa namanya Biskut Raya coz di buat pada hari raya ke-6 tahun ni.... hehehehe... semangat nak menghabiskan sisa2 butter yang ada... simpan lama2 pon buat penuh peti sejuk jer kan... Alhamdulillah tahun ni semua biskut Mum buat sendiri... ada yang jadi tak kurang jugak yang tak jadi langsung.... tuk hari ni punya entry Mum nak share kan resepi biskut donut MumNiema... dari bulan ramadhan hari tu lagi dah planning nak buat biskut ni... ideanya datang sempena.... DEMAM BIG APPLE kat Tawau semasa bulan ramadhan yang lalu... maklumlaaa... baru buka cawangan... tapi Mum pon belum2 lagi menjejakkan kaki ke cawangan Big Apple Tawau tu... len kali laa bila2 orang dah tak ramai... so sebagai gantinya Jom Kita Makan Biskut Donut ni....


300gm butter
100gm marjerin
80gm gula halus
30gm parmesan cheese
1 biji kuning telur
1 sudu tepung sagu
1sd teh perisa vanilla
Tepung gandum (mum agak2 jer)

Sediakan butter pada suhu bilik. Pukul butter, marjerin, gula halus dan kuning telur dgn senduk kayu sahaja sehingga sebati. Tambahkan perisa Vanilla, pukul lagi sehingga sebati baru di masukkan tepung sagu dan parmesan cheese, gaul sahaja semua bahan sehingga sekata.

Sediakan papan pencanai, sendukkan 1-2 senduk adunan ke atas papan pencanai dan taburkan tepung gandum. Uli adunan dgn tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh di canai. Tekapkan acuan donut comel, bakar la pada suhu 150-170' selama 25 minit. {Mum sengaja buat macam ni, sikit2 coz takut adunan kalau di tambah tepung sekali arung nanti keras pulak kan}
Biarkan biskut betul2 sejuk baru di celupkan dgn coklat

Toping:
Coklat masakan (putih/coklat/strawberry).
Panaskan coklat masakan secara double boil... Mum masukkan jer ke dalam pengukus mum tu hehehhe
Celupkan permukaan biskut yang telah sejuk dan hiaskan la dgn apa2 sahaja asalkan nampak menarik...


CUBALA BUAT SEDAP TAW!!!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...