Tengok tu siap tandatangan Chef Ismail lagi... |
Yang Sebenar2nya nak bagi tau korang semua...betapa Puas hati dapat menurun ilmu daripada dua Chef tersohor ni.. memang happening sepanjang sesi masak memasak disamping banyak ilmu yang dipelajari... dah ler yuran pon murah RM40.00 jer...dapat belajar 2 jenis lauk, 1 cheese kek dan 2 jenis biskut... Plus dapat hadiah percuma lagi.... uiii berbaloi sungguh!!! Untuk itu TERIMA KASIH wahai Sahabat ku NITA @ NdutKu yang membawa Mum Niema ke sini... Next time kalau ada calling lagi yah!!!
Gambar kena Edit... Perasan mo masuk Majalah!! |
1 kg paha ayam
minyak untuk menumis
250 ml santan
Bahan kisar
3 batang serai
3 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup (serbuk pon boleh)
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 sudu jintan manis
Wangi Semerbak baunya.... |
3 biji cili kering
Sedikit air (untuk mengisar)
Bahan perasa
Garam & Gula
Pati ayam
Bahan pemekat
2 sudu makan Tepung beras
sedikit air
Cara2..
- Cuci ayam, tos dan ketepikan
- Panaskan kuali dan tumis bahan rempah sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan kacau.
- Masukkan bahan pemekat dan sedikit air, didihkan diatas api sederhana.
- Masukkan santan kelapa, dan bahan perasa. Apabila kuah sedikit pekat, padamkan api.
- Susunkan ayam diatas jaring pemanggang. Panggang di dalam oven pada suhu 200'C selama 30 minit.
- Bila telah masak tuang lebihan sos keatas ayam...
Macam skema pulak resepi ayam percik ni kan... hmmm tu laaa kalau menaip ikut resepi orang...
SELAMAT MENCUBA!!!
testing hihi
ReplyDeletehahaha.... pandai bha sudah dia...
ReplyDelete