All ready in 45 minutes... |
Lately di Tawau ni...cuaca agak kurang menentu... Pagi Hujan Petang Panas... Malam Hujan... Pagi Cerah... so sempena menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca MumNiema pon nak masak Nasi Hujan Panas laaa... dari semalam lagi nak buat sebenarnya tapi kenapa terlupa.... pegi pulak siap2 masak nasi putih... eh eh.. nyanyok apa Mum ni...
Hari ni pulak punya crita... dah siap cuci2 beras kata nanti 4.30 petang nak masak... naik p bilik.... nampak katil... memanggil2 sama Mum... Ok laaa katil Mum nak rehat2 kejap ya... SEKEJAP HAPA!!!!!!..... 5.30 ptg baru terbangun..... Ya ampuunnn.... Ya ampunnnn... apalaaa nak jadi ni.... masak satu benda pon belum kul 6.20 dah nak buka... So, dgn kuasa SUPER MUM... dan bantuan Gerakan KHAS... sapa lagi Mr. Hubby laaa... akhirnya sempat jugak Mum menyiapkan Nasi Hujan Panas yang menjadi idaman tuk beberapa hari ni beserta rendang ayam dan acar timun sebelum berbuka... Alhamdulillah... terima kasih Mr. Hubby... len kali tolong laaa lagi..
Bahan utama
3 pot beras
1 pot susu cair
3 pot air
Bahan kering
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
Bahan Tumis
1 inci halia (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
Sehelai daun pandan
Sebatang daun serai
Garam
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu teh pewarnaa merah, hijau, kuning
2 sudu marjerin
1 sudu minyak sapi (tadi takde... Mum guna minyak masak jer)
Kismis
**Pot = cawan beras tu laaa....
Panaskan marjerin dan minyak di dalam kuali, masukkan bahan tumis yang telah ditumbuk goreng sehingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan serai goreng lagi kejap. Apabila rempah dah naik bau barulah masukkan air, susu cair, daun pandan, kiub pati ayam dan garam, biarkan air panas seketika baru masukkan beras. Gaul sentiasa agar nasi tidak berkerak sehingga air meresap ke dalam beras. Pindahkan beras ke dalam pengukus. Kukus dalam 10 minit dahulu, selepas itu... buatkan 3 lubang guna belakang sudip tu, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning... sambung lagi mengukus dalam 10 minit baru gaul nasi. Jangan gaul sebaik sahaja letak pewarna nanti warna tu tak cantik.... teruskan mengukus sehingga nasi masak.... Nasi yang telah masak boleh la di gaul dengan kismis dan hias dgn taburan bawang goreng...
Acar segera... |
Mum tak sempat nak buat dalca... so makan dengan rendang ayam sahaja dan acar timun...Terasa Macam Hari Raya la pulak!!!!
Harap2 Esok cuaca Mendung sikit.... Panas sangat la sekarang ni... :)
hari lain pun tolong jugak apa.....tolong tengok...tolong komen....tolong sibuk....
ReplyDeleteTq abang... memang hari2 pon di tolong bha...
ReplyDelete