Hitam2 si Tampok Manggis Sungguh pon Hitam rasanya Manis... |
Gula Merah di pasar Tawau |
Sila Baca Resepi di Bawah... kerana ia mungkin berlainan dari resepi Bubur Pulut Hitam yang lain... (5 mangkuk sedang)
1 cawan pulut hitam
1/2 cawan kacang hijau/kacang merah
1 sd makan biji sagu
1 1/2 liter air
1 sd makan biji sagu
1 1/2 liter air
250gm gula merah + 1 cawan air (didihkan)
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 batang kulit kayu manis
secubit garam
Basuh pulut hitam dan kacang hijau tuk hilangkan bau.
Di dalam periuk didihkan air kemudian masukkan pulut hitam dan kacang, rebus sehingga kembang (merekah)...
Sementara itu, masak gula merah tuk dijadikan sirap.
bila pulut sudah masak, masukkan sirap gula merah dan kulit kayu manis dan biji sagu biar mendidih, masukkan santan pekat dan sedikit garam, reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan gaul sentiasa agar pulut tidak berketul... Jika kurang manis boleh ditambah dgn gula pasir... ikut citarasa..
Bubur ni kira dah siap dan boleh terus dimakan panas... kalau nak nampak menarik boleh di tuang sedikit santan pekat atau susu cair di atasnya...
No comments:
Post a Comment